Tuesday, 28 August 2012

Makna di sebalik LOGO



MOTO MRSM : BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL

HURAIAN LOGO MRSM

Roda Bergigi                                    
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia di mana MARA memberi perkhidmatannya secara telus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Teleskop dan alatan Sains                
Melambangkan sains dan teknologi masa kini.
  
Slogan Berdisiplin Berilmu Beramal   
Pada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai. Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Hitam                                              
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera.

Merah                                              
Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru.


Sejarah MRSM Qber






MRSM Kuala Berang mula beroperasi sepenuhnya pada 7hb. Disember 1992. Sebelum ini MRSM beroperasi di Bandar Baru Kerteh, Kemaman sejak 6hb. Jun 1987. Tapak MRSM Kuala Berang yang pada masa berkenaan terletak di atas tapak seluas 29 ekar dengan pelajarnya seramai 548 orang. Keluasan tapak asal MRSM Kuala Berang dengan segala kemudahan dimulakan pada tahun 2003.

Kampus Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang terletak di Kampung Padang Setenga, kira-kira 4km dari bandar Kuala Berang menghala ke Empangan Hidro Kenyir dan 45 km dari bandar Kuala Terengganu. Di sekelilingnya adalah kawasan pertanian.

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang adalah kesinambungan daripada Maktab Rendah Sains MARA Kerteh yang terletak di Bandar Baru Kerteh yang telah mula beroperasi pada 15hb. April 1987. Mulai bulan November 1992, Maktab Rendah Sains MARA Kerteh ditutup dan berpindah ke Kuala Berang.